Teknik Serdev mampu mengangkat semula otot muka tanpa
sebarang jahitan atau torehan.
BAGI peminat perubatan estetik sudah tentu ramai di antara
kita yang gemar melakukan penyelidikan tentang teknik-teknik terkini dalam
bidang yang menjadi semakin penting dewasa ini.
Perubatan estetik adalah satu cabang rawatan bagi orang yang
sihat. Ia semata-mata bagi memenuhi keperluan masa kini yang inginkan
kecantikan seiring dengan kesihatan.
Bukan semua di antara kita mampu mengekalkan kecantikan dan
keanjalan kulit terutama pada usia melepasi 40-an.
Apabila usia meningkat timbullah kedut pada sekeliling mata,
dahi dan sebagainya. Kedutan tentulah menyebabkan perubahan pada wajah dan
ekspresi muka. Ia memberi ekspresi muka yang letih, sedih dan tidak riang.
Selari dengan perkembangan teknologi, kini ia mampu diatasi
melalui kaedah estetik. Ia membantu menghilangkan kedutan dan meningkatkan
keanjalan kulit agar tampak lebih segar dan ceria.
Ini bukan bermakna mengubah rupa paras hingga menjadi orang
lain. Apa yang dilakukan ialah memelihara wajah agar sentiasa manis dan
menarik. Di sinilah letaknya peranan perubatan estetik.
Secara saintifik muka disokong oleh otot-otot. Otot-otot itu
semuanya digunakan untuk apa juga pergerakan yang membabitkan bahagian muka
seperti sewaktu makan, meniup belon juga sewaktu senyum.
Otot yang tidak bergerak pada muka berfungsi untuk
memegangkan muka. Apabila dimamah usia otot-otot menjadi kendur dan lembik
membuatkan muka nampak berkedut dan jatuh.
Jika otot ini dapat ditegangkan semula, maka hasilnya muka
kembali tegang dan nampak lebih muda.
Apabila usia menganjak angka ke 40-an semua otot mula
longgar dan ke bawah.
Bolehkah otot-otot ditegangkan semula? Jawapannya boleh.
Pernahkah anda mendengar Teknik Serdev?
Teknik Serdev dicipta oleh Dr. Nicholay Serdev dari
Bulgaria. Dengan menggunakan teknik ini muka dapat diangkat semula tanpa
sebarang jahitan dan torehan. Ia menggunakan benang khas yang diletakkan di
bawah kulit kepala. Benang ini menarik otot yang memegang semula muka.
Teknik Serdev dapat dilakukan dengan mudah tanpa sebarang
komplikasi kerana ia tidak memerlukan bius keseluruhan (general anesthesia).
Sebaliknya hanya memerlukan bius yang sangat minimum pada kulit kepala sahaja.
Setelah dibius doktor akan memasukkan benang dan menegangkan
muka. Tidak ada rasa sakit dan keputusannya dapat disaksikan sejurus selepas
proses Serdev selesai.
Benang yang dimasukkan diperbuat daripada protein dan
dicampur dengan antibiotik.
Setelah rawatan dibuat, wajah tampak muda kerana segala
kekenduran sudah ditarik ke atas.
Kehebatan rawatan ini adalah ia tidak memerlukan mereka yang
menjalaninya bercuti panjang dan tidak perlu dimasukkan ke wad hospital.
Anda cuma perlu datang ke klinik dan dalam masa satu jam
rawatan telah selesai. Anda akan mendapat wajah yang baru tanpa kedut dan
kendur.
Begitu mudah bukan? Teknik ini dinamakan juga sebagai
express face lift disebabkan prosedurnya yang pantas.
Oleh kerana ia begitu sesuai bagi kita yang aktif bekerja ia
turut dikenali sebagai non incisional face lift atau non scar method.
Kesan yang sangat kecil tersembunyi di bawah rambut dan
tiada siapa tahu mengapa seseorang itu tiba-tiba tampak muda dan jelita.
Rawatan boleh digunakan untuk mengangkat kening yang jatuh
dan kelopak mata yang kendur bagi menjadikan mata lebih luas terbuka.
Teknik ini digunakan dengan meluas di Barat terutama Eropah.
Mereka menggunakannya dengan meluas bagi menegangkan muka mencantikkan punggung
(agar tidak jatuh), buah dada, mengecilkan hidung yang kembang dan pelbagai
lagi.
Oleh kerana benang yang digunakan terdapat pelbagai saiz
maka ia sesuai bagi mengangkat kening dan juga mencantikkan hidung.
Di negara kita bidang estetik masih baru dan banyak ruang
yang perlu diterokai. Namun begitu doktor tempatan giat berusaha meningkatkan
kepakaran masing-masing dengan mengikuti kursus di luar negara bagi mempelajari
kepakaran yang tinggi dalam bidang ini.
Untuk pertanyaan lanjut hubungi Marissa Esthetik di talian
03-87234808.
sebelum dan selepas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan